Tuesday, August 30, 2016

Review: mamaRoo vs rockaRoo

Seiring dengan kemajuan teknologi, gajet bayi juga mengalami evolusi tersendiri. Jika dulu kita biasa menggunakan buaian tradisional, tapi sekarang terdapat banyak pilihan buaian moden untuk dipilih. Malah, aspek keselamatan sangat dititikberatkan untuk memastikan bayi anda selamat & selesa. 

4moms merupakan pengeluar gajet bayi berteknologi tinggi yang semakin mendapat tempat di hati ibu bapa terutamanya di Malaysia. 4moms merupakan produk antarabangsa yang berasal dari USA


mamaRoo




mamaRoo fokus rekaannya adalah untuk menenangkan bayi yang baru lahir. Berdasarkan pembacaan & pengalaman, bayi yang baru lahir akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan dunia baru. Jadi, mamaRoo direka dengan beberapa gerakan semulajadi yang membuatkan bayi rasa selesa & tenang

mamaRoo dilengkapi dengan 5 gerakan unik iaitu:
1. Car ride (seperti berada dalam kereta)
2. Kangaroo (seperti mommy dukung baby)
3. Tree Swing (seperti buaian)
4. Rock a bye (seperti tgh di dodoi)
5. Wave (seperti ditepuk tepuk)

Dan juga dilengkapi dengan "built-in sound" iaitu:

1. Rain (Bunyi titisan hujan yg akan membuatkan baby utk terus tidur 
2. Fan
3. Ocean (Bunyi seperti berada di pantai & baby akan lebih relax)
4. Heart (Bunyi degupan jantung membuatkan anak rasa kita dkt pada mereka)
5. Aux (Connect Handphone pada mamaRoo & pilih zikir / lagu kegemaran anak)

Ada lagi satu fungsi istimewa mamaRoo iaitu kita boleh mengawal mamaRoo menggunakan telefon melalui sambungan bluetooth. Untuk tujuan itu, anda perlu mendownload 4moms apps. 

Ok jom kita beralih kepada alternatif kedua, rockaRoo

RockaRoo


Berbeza dengan mamaRoo, rockaroo hanya bergerak depan belakang sahaja (rocking style) yang menjelaskan kenapa ia dinamakan rockaRoo

rockaRoo juga dilengkapi dengan aux. Jadi anda boleh menyambung telefon / mp3 anda pada rockaRoo pasang lagu kegemaran/zikir.

Saiznya lebih kecil dari mamaroo & tentunya lebih ringan (sekitar 5-6kg). Pada pandangan kami, rockaRoo boleh dikatakan "portable". Dengan saiznyayg 1/3 lebih kecil dari buaian yang biasa & ringan, ia agak senang untuk di alih ke mana mana

rockaRoo boleh dikatakan sebagai buaian moden kerana fungsinya yang menyamai konsep buaian tradisional


Persamaan & Perbezaan

Persamaan yang ketara adalah kedua duanya tidak menggunakan bateri. Anda memerlukan sambungan elektrik untuk menggunakan kedua dua item ini. Kedua duanya mempunyai 5 level kelajuan yang boleh disesuaikan mengikut mood bayi anda.

Dari segi perbezaan, keduanya mempunyai fungsi yang jelas berbeza. MamaRoo lebih kepada "mendodoi" manakala rockaRoo "membuai".

Susah untuk menentukan mana yang lebih sesuai atau bagus kerana setiap bayi berbeza penerimaan nya.

Tips dari kami, jika anda mendapati bayi anda lebih selesa atau tenang setiap kali anda mendodoi @ berada di pangkuan/pelukan anda, mamaRoo lebih sesuai untuk bayi anda.
Jika bayi anda sukakan buaian, maka rockaRoo lebih sesuai untuk bayi anda.
Ada bayi yang suka pendekatan yang soft & lembut & ada bayi yang suka dibuai buai :)
Apa pun, anda lebih mengenali anak anda.

Sekian tips ringkas dari kami.
Mohon share jika bermanfaat. Terima kasih :)

Berminat untuk mendapatkan item di atas? Boleh lawati instagram/fb kami @ berhubung dengan kami seperti di bawah

Instagram: miababygears
Fb Page: Mia BabyGears
H/p Num: 011-16374890 (Atie)

Happy reading! (^_^)

#4momsmalaysia #4momsmamaroo #4momsrockaroo #mamaroo #rockaroo #mamaroorockaroo #instashop #onlineshop #premiumbabygears #babygears #miababygears #modernswing



No comments:

Post a Comment

Featured Post

Perbandingan Produk: Nuna Sena VS 4moms Breeze

Playard, baby cot, travel crib Ini merupakan antara keperluan utama parents untuk persediaan menyambut kelahiran anak mereka Untuk &q...